Berikut disenaraikan beberapa aspek emahiran-kemahiran asas yang terdapat di dalam permainan badminton termasuklah;
Pegangan raket
Teknik pegangan raket dengan cara yang betul adalah penting. Ini adalah kerana pegangan yang mengawal kepala raket yang seterusnya mengawal pergerakan bulu tangkis yang dipukul. Raket yang dipegang hendaklah dianggap sebagai sambungan tangan pemain. Secara umumnya terdapat dua cara asas memegang raket;
Pegangan pepat (forehand grip)
Pegang raket dengan tangan kanan di mana ibu jari dan jari telunjuk membentuk huruf V di bahagian pemegang raket.
Jari telunjuk lebih atas dari ibu jari. Jari-jari yang lain renggang dan tidak menggenggam pemegang raket terlalu kuat.
Pegangan kilas (backhand grip)
Pegang raket dengan cara yang biasa (pepat). Longgarkan pegangan dan jari-jari. Putarkan raket lebih kurang 30 darjah ke kanan.
Luruskan ibu jari yang berehat di bahagian belakang raket yang leper.
Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan mengawal raket.
Lakuan Bersedia dan Gerak Kaki
Mengikut analisa pergerakan dalam badminton yang dikaji oleh saintis sukan, seorang pemain badminton dalam perlawanan yang sederhana kerancakannya (average pace) untuk selama 40 minit akan melakukan pergerakan seperti berikut;
Keadaan Bersedia
Pada asasnya, keadaan bersedia adalah seperti berikut:
Gerak Kaki.
Gerak kaki adalah kecekapan bergerak dalam gelanggang semasa permainan. Pergerakan dalam permainan badminton melibatkan banyak berhenti dan bermula, perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau ke bulu tangkis dan berbalik kepada keadaan bersedia. Kebanyakan pergerakan adalah berarah sisi ke sisi, ke depan dan kebelakang.
Servis
Pukulan ini sangat penting dan pemain hendaklah menguasai kemahiran ini supaya selalu konsisten dan tepat servisnya. Lagipun setiap mata yang dipungut oleh pemain bermula dari servisnya. Secara amnya terdapat 4 jenis servis:

- Lari langkah sisi (galop) ke depan, melompat ke atas, meregang, bergerak ke belakang, sisi, membongkok dan memukul (lebih kurang 400 kali.
- Pergerakan ini melibatkan lebih kurang 250 arah larian yang berbeza
Keadaan Bersedia
Pada asasnya, keadaan bersedia adalah seperti berikut:
- Pemain berdiri di atas hujung kaki (bebola) secara seimbang
- Lutut bengkok dan jarak kaki seluas bahu.
- Berat badan ke depan sedikit.
- Raket di depan badan dan kepala raket ke atas.
- Siku tangan yang pegang raket dalam keadaan selesa dan tidak terlalu rapat dengan badan.
- Perhatikan lawan dan bulu tangkis untuk membuat antisipasi pukulan.
Gerak Kaki.
Gerak kaki adalah kecekapan bergerak dalam gelanggang semasa permainan. Pergerakan dalam permainan badminton melibatkan banyak berhenti dan bermula, perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau ke bulu tangkis dan berbalik kepada keadaan bersedia. Kebanyakan pergerakan adalah berarah sisi ke sisi, ke depan dan kebelakang.
Servis
Pukulan ini sangat penting dan pemain hendaklah menguasai kemahiran ini supaya selalu konsisten dan tepat servisnya. Lagipun setiap mata yang dipungut oleh pemain bermula dari servisnya. Secara amnya terdapat 4 jenis servis:
- Servis tinggi
- Servis rendah
- Servis flik
- Servis kilas
No comments:
Post a Comment